Tuesday, March 31, 2009

kenikmatan dalam kesyukuran.... muhasabah


Kita sering sibuk dengan kehidupan seharian kita. Terlampau sibuk sehingga tidak punya waktu untuk berhenti sejenak. Berhenti untuk bernafas. Berhenti untuk mengintrospeksi diri. Adakah kesibukan aku ini membawa kebaikan untukku??? Kita terlampau sibuk dengan nikmat kurniaan Allah sehingga terlupa untuk behenti sejenak dan melahirkan rasa syukur yang sebanyak-banyaknya kepada yang memberi nikmat. Nikmat yang Allah berikan terlampau banyak. Kebolehan anda membaca artikel ini juga suatu nikmat yang diberikan buat anda. SubhanaAllah. Disaat anda membaca artikel ini, mungkin bermacam-macam perkara terlintas di fikiran anda. Itu juga nikmat. Bukan semua makhluk didunia ini Allah beri nikmat berfikir. Anda mengantuk??? Itu juga nikmat. MaashaAllah, banyak sungguh nikmat yang Allah beri kan?? Tapi pernahkah kita melahirkan rasa kesyukuran kita atas nikmat yang kita kecapi ini??


Mungkin setelah mendapat gaji bulanan, akan terungkaplah dibibir kita kalimat “Alhamdulillah, akhirnya masuk juga gaji bulan ni. Aku dah sesak sangat nih”. Atau mungkin juga setelah mendapat keputusan yang cemerlang, akan lahirlah kata-kata “Alhamdulillah, tak sia-sia usaha aku selama ini”. Tidak salah ungkapan ini. Memang seharusnya kesyukuran itu diungkapkan. Tapi perlukah ada sebab tertentu untuk kita mengucapkan syukur??? Pernahkah anda, mengucapkan syukur tatkala bangun dipagi hari kerana masih mempunyai cukup pancaindera, bisa bernafas, bisa menggerakkan anggota badan anda dan bangun berjalan menuju ke kamar mandi?? You know yourself better. Pernahkah anda mengucapkan syukur tatkala anda terlupa sesuatu perkara??? Aneh bukan??? Pasti anda tertanya-tanya mengapa perlu kita bersyukur kerana terlupa???


Bagus soalan itu. Baru-baru ini majalah ‘new scientist’ mengeluarkan suatu artikel tentang seorang gadis remaja yang sengsara hidupnya kerana dia tidak mempunyai kemampuan untuk lupa. Dia tidak boleh melupakan setiap perkara yang telah berlaku dalam kehidupannya. Dia ingat persis setiap perkara yang dilakukannya dan yang berlaku dalam hidupnya. Dia melahirkan rasa sedihnya kerana terpaksa mengingati semua perkara. Perkara itu juga telah menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan. Allahu akbar!!! Lupa juga adalah nikmat rupanya.


Firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah Al-baqarah ayat 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


Firman Allah lagi dalam surah Az-Zumar ayat 7

Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada)mu.


Maha suci tuhanku yang maha agung dengan keagungan segala sifatnya. Maha pemurah lagi maha penyayang. Engkau memiliki sesempurna sifat. Sedikit sekali diantara kami yang melahirkan rasa syukur atas segala nikmat yang telah engkau berikan. Maafkanlah hambamu yang sering leka. Maafkan kami atas kelekaan kami melaksanakan taklifan yang telah kau berikan kepada kami.


Rasa kesyukuran yang sejati lahir atas landasan keimanan. Rasa kesyukuran ini akan membawa manusia kesuatu tahap perendahan diri secara total pada keagungan yang maha kuasa. Dan Allah yang maha mensyukuri hambanya tidak pernah sesekali membiarkan hambanya yang telah merendahkan diri padanya begitu sahaja. Dinaikkan derajat hamba ini disisinya. Didunia dia dihormati, diakhirat dia selamat dari dimurkai.


Namun, keyukuran hanya akan lahir atas dasar keimanan dan tidak akan lahir rasa keimanan tanpa ilmu. Menjadi tuntutan atas setiap amal untuk didasari dengan iman. Kerana dengan keimana manusia sedar akan hakikat dirinya dan tuntutan keatas dirinya. Tapi apakah yang dapat kita perhatikan saat ini??? Keimanan manusia kini kian melemah. Semuanya kerana kurangnya pemahaman terhadap ilmu. Ilmu banyak yang dimiliki menjadikan pemiliknya malah lebih jauh dari yang empunya ilmu. Merasakan dirinya tinggi derajatnya kerana banyaknya ilmu yang dimiliki. alangkah sedihnya melihatkan apabila ilmu yang banyak tidak mampu untuk membuka mata hati insan bahawa segala apa yang ada padanya hanyalah pinjaman dari yang memiliki segala kuasa. Pinjaman yang menjadi ujian. Yang bakal menentukan kesudahan diantara yang beriman dan yang berpura-pura beiman. Ujian kesusahan, kemelaratan dan kekurangan bakal menjadikan kita kuat, tapi sentiasalah berhati-hati dengan kenikmatan dan kesenangan kerana ia ujian yang bakal menghanyutkan kita kedalam neraka.


Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 49.

“Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.”


Suatu hal yang perlu kita sentiasa ingat, bahawa interaksi kita dengan kehidupan didunia ini seharusnya seperti interaksi seorang musafir dengan tempat persinggahannya. Telah banyak persinggahan yang telah di lalui. Hanya tinggal persinggahan yang terakhir sebelum sampai ke destinasi yang kekal abadi. Tidak mungkin seorang musafir itu hidup ditempat persinggahannya seperti layaknya mereka yang bermukim ditempat itu. Datangnya hanyalah sekadar untuk medapatkan bekalan bagi meneruskan perjalanannya menuju destinasi yang berikut. Bekalan yang didapatkan juga tidaklah berlebih-lebih. Hanya cukup untuk memenuhi keperluannya untuk berjalan sampai ke destinasi yang dituju. Kerna musafir ini tahu, bahawa tempat persinggahan itu bukanlah tempatnya dan adalah sia-sia untuknya berhabisan di tempat yang bakal ditinggalkannya. Sebaiknya disiapkan bekal agar dia dapat sampai ke destinasi akhir dengan sebaiknya untuk membina suatu kehidupan yang lebih kekal dan bahagia.


Hidayah yang Allah campakkan kedalam diri insan sesungguhnya adalah suatu kurniaan terbesar dari Allah azza wajalla. Ia anugerah yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Ia bukti kasihnya Allah pada cintaannya. Makanya Allah murka pada yang menjualkan hidayah ini dengan dunia yang sangat rendah harganya. Tanpanya kita tidak akan dapat mengenal akan adanya yang maha kuasa. Tanpanya tidak mungkin kita selamat dari azab neraka.


Tiada gunanya panjang bicara, jika hati tidak terbuka. Sucikanlah hati dari noda yang telah menutup pintu cahaya. Terjemahkanlah ilmu menjadi nyata. Lahirkanlah kesyukuran dengan ketaatan padanya. Sesungguhnya Allah tidak akan pernah mensia-siakan amalan hambanya walaupun sebesar zarah. Dekatkanlah diri dengannya, kerana tanpanya siapalah kita.


allahu ta'ala 'alam. Ana Al-Faqeerah ilallah. Al-haqqu min rabbi.

-wardatulislam-

Wednesday, March 25, 2009

'Hammasatus-syabab'

Umat sekarang sedang dilanda serangan kemiskinan yang lebih parah dari kemiskinan harta iaitu kemiskinan azam dan tekad. Dengan azam dan tekad manusia akan mampu mencapai kekayaan harta , namun tanpanya manusia akan hilang segalanya.


Menyorot pepatah melayu ‘dimana ada kemahuan disitu ada jalan’ amat selari sekali dgn janji Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 11 ‘innallaaha laa yughayyiruu maa bi qaumin hattaa yughayyiruu maa bi anfusihimSesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.’ Segalanya bermula dengan kemahuan. Kita tidak akan tidur jika tidak mahu tidur, tidak akan makan jika tidak mahu makan dan tidak akan berkahwin jika tidak mahu berkahwin.


Oleh kerana mahu melihat nama Allah diagungkan, Rasulullah mula perlahan-perlahan memperbaiki keadaan ummah bermula dgn apa yang mampu dilakukannya. Bermula dgn dirinya, keluarga dan sahabatnya. Jika, rasulullah tidak mempunyai kemahuan, azam dan tekad yang kuat maka generasi sekarang ini tidak akan mungkin akan mengenal zat agung, pentadbir alam semesta ini.


Kemahuan, azam dan tekad akan menjadi semacam ‘energi’ yang akan mengerakkan motor perubahan. Revolusi tidak akan mungkin berlaku tanpa adanya individu-individu yang mempunyai kemahuan untuk membangun peradaban. Inilah yang harus kita bangunkan dalam diri pemuda kini untuk menyalakan kambali apa yang dikatakan oleh Hassan Al-Banna sebagai ‘hammatus syabab – semangat pemuda’. Dengan semangat ini pasti akan tercetus suatu revolusi yang akan mampu mengibarkan semula kalimat shahadat dimuka bumi dan nescaya nama Allah akan kembali diagungkan sebagaimana sepatutnya.


Namun, hal tidak akan berlaku jika ianya hanya sekadar menjadi omongan dibibir. Ia harus digerakkan dengan amal. Lakukanlah apa sahaja yang kita mampu. Mulakan dengan diri sendiri. Tidak ada gunanya bermimpi untuk membaikan ummah jika diri sendiri pon tidak mampu dibaikkan. Sentiasa membaikkan diri agar bias menjadi qudwah yang bias diteladani. Tiada kekuatan pada kata-kata tanpa sokongan kekuatan peribadi. Yang akan terbit hanyalah jeritan “Ah..cakap tak serupa bikin!”. Inilah masanya kita memantapkan diri dengan ilmu dan kefahaman yang mendalam tentang al-haq sehingga kebenaran ini menjadi nadi yang menggerakkan seluruh kehidupan kita dan sehingga tidak bisa ditawar-tawar lagi dgn yang lain. Paksinya haruslah sentiasa pada Quran dan sunnah. Terimalah kebenaran darimanapun datangnya. Kenallah kebenaran, nescaya kamu akan mengenal siapa pengikutnya. Sesungguhnya kenytaan hari ini adalah mimpi semalam... ini hanya akan tinggal kata-kata jika tidak diterjemahkan dengan amal. Allahu ta’ala ‘alam


Hayati kata-kata ini:-

A man was on his death bed, someone asked him to give some wise counsel before he departed, the world he Said.

" When I was young I wanted to change the world and solve its problems, As I got older I realized that perhaps I should lower my sights, I thought I would be better served in changing my country as time went on I realized that people of country could not be changed. I decided to change the people of my town , but they also did not wish to change, When I reached my old age I thought I would try changing my Family, here also I found my endeavours go to waste, try as I might my family members would not change.

" Now that I am on my death bed, I have realized that if I had sought to improve myself, and removed my own defects, then perhaps my family members would have been influenced. Then seeing the behavior of my family, people of my town would have been influenced. By seeing the spiritual change and improvement of the people of my town, the people of my country would have been influenced. And perhaps through the people of my country the world may have been influenced."
* Source Unknown.

allahu ta'ala 'alam. Segala yang baik datangnya dari Allah. Mohon maaf atas segala kekhilafan dan semoga Allah memberi kekuatan untuk melakukan perubahan terutamanya terhadp diri sendiri.

-wardatulislam-