Saturday, October 20, 2012

Australia: Memori yang akan terus abadi

Bismillahirrahmanirrahiim.....

Alhamdulillah... setelah lama tidak mempunyai kesempatan untuk menulis, akhirnya Allah telah memudahkan jalan untuk ana kembali menulis... moga setiap coretan ini menjadi kebaikan bernilai pahala disisi Allah dan semoga Allah berkenan mengampunkan apa jua kesalahan diri ana menulis disini....

Banyak telah berlaku dalam hidup ana sejak kali terakhir ana mencoret di blog ni... Setelah selesai  4 tahun menghabiskan pengajian di Australia, akhirnya ana pulang ke Malaysia untuk memberi manfaat di negara sendiri pula... Alhamdulillah segala urusan pulang dimudahkan Allah dan segala kenangan, pengalaman dan memori sepanjang kehidupan di Australia akan terus menjadi panduan ana untuk menjalani hari-hari yang akan datang... semoga ukhuwah yang telah terjalin di Australia akan terus Allah teguhkan dan mekarkan sehingga ke syurga insyaAllah... Boleh dikatakan kehidupan di Australia merupakan suatu ruang waktu dimana ana belajar menjadi dewasa dan keperibadian ana banyak terbentuk disini... Pastinya pengalaman dan pelajaran yang dikutip di negara "down under" tidak akan ana lupakan... Bak kata pepatah, tempat jatuh lagikan dikenang.. inikan tempat bermain... (^_^)v

Semoga apa yang telah dipelajari sepanjang di Australia akan terus menjadi bekal untuk ana terus bermusafir menuju redha Allah...Itu dulu buat masa ini...Moga ada kesempatan lain untuk ana menulis lagi di blog ini insyaAllah.

~Taqabbalallahu minna wa minkum~


wardatulislam

Wednesday, August 26, 2009

Bookmark Ramadhan Paksi.net!



Untuk tempahan, boleh email--> didieppy@yahoo.com
untuk yang di Australia boleh hubungi di No Hp: 0406608562

30% hasil jualan akan disalurkan ke tabung Palestin.
Ayuh mempertingkatkan amal di bulan ramadhan sambil membantu mereka yang juga memerlukan

***selamat beramal!!!***

Thursday, June 11, 2009

DIDIK ANAK TANPA TV???

Bismillahirrahmaanirraheem...


Suatu sudut pandang tentang kehidupan realiti kini yang saya juga turut mempunyai pandangan yang sedemikian. untuk meraih bekal optimal unutk keselamatan di Akhirat, perlu kepada zikir dan fikir. Dalam setiap perbuatan yang dilakukan tanpa memikirkan kemanfaatannya kepada yang melakukan, pasti akan menjadi suatu perbuatan yang sia dan merugikan.



Moga perkongsian ini dapat membuka suatu sudut pandang baru bagi kita dalam menilai diri dan kehidupan. Sebagai dai juga kita harus bijak untuk menganalisa keadaan. kalau tindakan yang kita ingin terapkan itu hanya untuk diri kita, itu tidak susah. Tetapi, apabila ia melibatkan orang lain, banyak hal yang perlu difikirkan dan dipertimbangkan. Islam itu INDAH dan MUDAH. Jangan kita yang menjadikan ia menyusahkan dan jangan juga kita memudah-mudahkannya untuk kepentingan tersendiri. Moga perkongsian ini ada manfaatnya. Allahu ta'ala a'lam.



Didik Anak Tanpa TV

Posted On Selasa, 2009 Jun 09 at di 20:49 by Muhammad Azim bin Haji Hamidun


“Kami memilih untuk rumah kami tidak mempunyai televisyen,” beritahu seorang teman.


“Hebat. Antara ‘hiburan’ dan ‘maklumat’, bagaimana kamu mengendalikannya?” saya ingin tahu.



“Kalau anak-anak mahu menonton animasi, kami akan belikan cd dan tengok di komputer. Manakala maklumat seperti berita, internet kan ada?” jawabnya.

Saya mengangguk.Sejujurnya, saya mengagumi kesungguhan kawan saya memilih untuk menolak adanya televisyen di rumah. Saya menghormati keputusan itu dan menerimanya sebagai salah satu alternatif yang baik.


Tetapi, mengapa saya tidak mengambil pilihan yang ini? Mengapa tidak rumah saya bebas televisyen?


Memikirkan persoalan ini tatkala mata anak-anak terpacak mengadap skrin itu, terdetik juga hati untuk bertindak sama. Imaginasinya ialah, humbankan sahaja televisyen itu ke dalam sungai!


BAHAN IMPORT

Akan tetapi, saya terkenang kembali kejadian yang berlaku semasa anak sulung saya berusia lima tahun. Semasa saya memotong rambutnya di rumah menggunakan mesin pemotong rambut.

“Eh, kepala Yop botak macam Mawi!” kata anak saya semasa melihat ‘imej baru’nya di cermin.

“Aik, macam mana Yop kenal Mawi?” saya kehairanan.


“Kat tadika, ada CD Mawi,” jawabnya jujur.



Aduh, biar pun rumah saya tidak ‘mesra Mawi’ tetapi perkenalan di antara anak saya dengan Raja SMS itu tetap boleh berlaku. Anak kita benar-benar anak kita dan berada di dalam corak kawalan kita, hanya pada 4 tahun pertama usianya sahaja. Sebaik sahaja kakinya melangkah ke alam pra sekolah, anasir luar mula menjadi sebahagian daripada dirinya dan kita perlu berperanan menyaring juga menapis anasir-anasir tersebut.


Tetapi semasa anak kita berusia lima atau enam tahun, kita sebagai ibu bapa boleh berperanan untuk menapisnya. Namun hubungan kita dengan anak-anak akan mula merosot apabila anak-anak masuk ke alam persekolahan. Kawalan kita ke atas hidup mereka akan menurun sesuai dengan perkembangan sudut lain diri anak-anak kita. Sudut membuat pilihan dalam kehidupan.


Ya, Aqil dan Baligh yang menjadi sempadan pembeda di antara manusia mukallaf dan tidak mukallaf sangat bersangkutan dengan UPAYA MEMILIH.Justeru seiringan dengan berkurangnya UPAYA MENGAWAL kita ke atas anak-anak, mereka pula mestilah dilatih untuk meningkatkan UPAYA MEMILIH dan membuat keputusan dalam kehidupan.


ANAK GAJAH

Seekor anak gajah tertambat kakinya di tiang semenjak awal usia. Setiap hari anak gajah itu cuba untuk melepaskan dirinya, tetapi gagal. Rantai itu terlalu kuat untuk seekor anak gajah bertubuh kecil. Tetapi apabila anak gajah sudah menjadi dewasa, dirinya sudah lama berhenti mencuba untuk melepaskan diri. Gajah itu pasrah membiarkan dirinya tertambat, mungkin untuk selama-lamanya.


Gajah itu sudah berhenti mencuba, kerana fikirnya sudah diasuh bahawa tempatnya adalah di sisi tiang. Gajah itu terlupa melihat tubuhnya yang sudah berganda besar dari lima atau sepuluh tahun yang lalu. Gajah itu alpa bahawa kekuatan dirinya sudah cukup kuat untuk merentap rantai dan lepas bebas.


Gajah itu menjadi mangsa kealpaan dirinya sendiri. Tubuhnya membesar dewasa tetapi akalnya kekal terbantut.


MENYALAHKAN IBU BAPA


“Keturunan kita memang yang lelakinya semua bodoh Matematik!” kata Homer Simpson kepada anaknya, Bart.



Nilai-nilai negatif boleh sahaja tertanam di dalam diri kita kesan pengaruh persekitaran. Antara faktor persekitaran hidup kita, mungkin pengaruh terbesar datangnya dari ibu bapa. Perkataan-perkataan yang diguna pakai saban hari oleh ibu bapa kepada anak-anak, menanamkan nilai pada makna perkataan itu terhadap jati diri si anak.


“Cepat le Maaat. Lembabnya kamu!”, herdik seorang emak.


Suruh cepat, wajar dinyatakan. Melabelkan anak sebagai lembab, di situlah penanaman nilai yang merugikan.


“Hah, dah buat kerja sekolah? Kamu ni memang pemalas!” tengking seorang bapa kepada si anak.


Sewajarnya bertanya sama ada kerja sekolah sudah disiapkan atau tidak itu, sudah menjadi ayat lengkap. Mengapa perlu ditambah dengan label “kamu ini memang pemalas”? Label itulah yang meresap masuk ke dalam diri anak-anak. Sama ada ia suatu ‘doa’ dari ibu bapa atau tidak, ia adalah kemasukan nilai yang amat malang terhadap diri anak-anak.


Label-label itulah yang menjadikan ramai anak muda kita kurang keyakinan diri, tidak bercita-cita tinggi malah memiliki identiti yang tebal diselaputi segala unsur yang negatif.Sama seperti anak gajah, anak kita dibesarkan dengan idea-idea yang membunuh keupayaan dirinya yang sebenar.


UPAYA MEMILIH

Tetapi, itu titik muhasabah buat ibu bapa.


Manakala bagi si anak, tatkala dirinya berada pada usia mudanya, bentuk-bentuk yang negatif terhadap diri mereka mungkin boleh ditunding kepada kesalahan ibu bapa. Sebaliknya, apabila seorang anak menjangkau usia dewasa, mencapai umur Aqil dan Baligh, si anak sudah belajar memikul tanggungjawab. TANGGUNG perbuatan sendiri, dan JAWAB mengenainya di Sana nanti. Di peringkat ini, dia harus mempunyai keupayaan untuk memilih apa yang baik dan apa yang buruk, menyaring segala tumpahan kebiasaan yang menyelubungi hidupnya di alam pra dewasa.


Setelah ada keupayaan sebegini, dirinya menjadi seorang DEWASA. Bahasa Islam menyebutnya sebagai MUKALLAF.
Mukallaf itu adalah seorang manusia yang mempunyai keupayaan berbekalkan akal fikiran dan panduan-panduan hidupnya, membuat pilihan yang betul dalam kehidupan. Antara baik dan buruk, perbuatan buruknya adalah pilihan dirinya, dan dialah yang dipertanggungjawabkan ke atas perbuatan itu.Bukan lagi salah orang lain, bukan lagi salah ibu bapa.


Dalam erti kata yang lain, keupayaan membuat keputusan dan pilihan dalam kehidupan adalah latihan yang mesti diberikan kepada si anak semasa mereka bergerak menuju usia dewasa. Apabila si anak membesar tanpa upaya memilih, hakikatnya anak itu diberi makan minum agar fisiologinya meningkat dewasa, tetapi jiwa dan jati dirinya dibiarkan terperangkap dalam alam kanak-kanak, alam yang lemah membuat keputusan, atau salah membuat keputusan.


Tidak mustahil si jejaka bertubuh sasa bermisai lintang, masih kebudak-kebudakan pada otak dan hatinya kerana tidak bisa membuat keputusan di antara yang baik dengan yang buruk.


TELEVISYEN ATAU TANPA TELEVISYEN???

Itulah puncanya mengapa saya memilih untuk menyertai ramai dengan menerima kehadiran televisyen di dalam rumah kami.

Tetapi kehadiran televisyen itu datang bersama pakej latihan memilih dan membuat keputusan.

Apa yang boleh ditonton?

Apa yang tidak boleh ditonton?


Kedua-duanya berada di hujung jari, tetapi anak dilatih untuk membuat pilihan yang betul.


“Abi, bagi la Yop tengok Crayon Shin-chan!” pinta anak saya.


“Yop boleh tengok kartun yang lain, tetapi Shin-chan tak boleh,” saya memberitahu anak.


“Kenapa tak boleh?” soal anak saya.


“Sebab Shin-chan biadab. Dia tidak hormat ibu bapa. Comel tetapi kurang ajar. Yop tak nak jadi biadab kepada ibu bapa, kan?” saya cuba berlogika dengan anak.

“Tak nak!” jawab anak saya.



VS


Maka petang itu, anak menonton rancangan yang baik, dan meninggalkan rancangan yang tidak baik. Apa yang disekat petang itu bukanlah menonton televisyen, tetapi menyekat anasir tidak baik. Unsur negatif sebegitu bukan sahaja ada di televisyen, malah di sekolah, di internet, di kejiranan dan di mana-mana sahaja sudut kehidupan. Didikan yang diberi adalah untuk menolak unsur negatif, bukan menolak wasilahnya yang bernama televisyen.


Bagi diri saya, proses seperti ini lebih menyelamatkan untuk anak-anak menempuh realiti yang penuh cabaran itu. Jika di usia tujuh atau lapan tahun, anak-anak mungkin masih boleh disekat dan dikawal keinginan mereka. Tetapi apabila si anak mencecah usia yang lebih dewasa, andai di rumah tiada televisyen, mereka dengan mudah boleh menontonnya di rumah kawan.


Malah di satu peringkat, televisyen mungkin jauh lebih selamat berbanding internet.


Di peringkat proses mengawal untuk latihan memilih ini berlangsung, saya juga memanfaatkan sistem yang memboleh dekoder dikunci dengan kata laluan. Pada hari-hari biasa, hanya satu sahaja saluran kartun yang dibenarkan, manakala saluran yang lain akan dibuka pada masa-masa lapang, juga sebagai ganjaran tatkala selesai menyempurnakan tugasan rumah atau sekolah.


Apa yang penting, tindakan-tindakan ini bukanlah dibuat dalam bentuk hukuman. Sebaliknya si anak diberitahu dengan jelas akan sebab musabab mengapa kita bertindak begitu.


Ia bukan mengawal untuk mengongkong.


Ia adalah kawalan untuk melatih membuat keputusan dan pilihan.


KUALITI DAN KUANTITI MASA



Biar pun televisyen ada di rumah, saya tetap berusaha untuk mewujudkan masa-masa berkualiti antara saya dan isteri bersama anak-anak tanpa televisyen. Ada masanya televisyen ditutup, dan kami sekeluarga duduk bersama-sama berbual, mengulangkaji pelajaran atau bermain bersama-sama.
Kualiti masa bersama, lebih berharga daripada kuantiti masa yang melimpah ruah ketika seluruh keluarga duduk sebumbung, tetapi tidak bersama, kerana hakikatnya semua sedang berkomunikasi dengan televisyen, bukan sesama ahli keluarga.

Sekali lagi, pembetulan banyak perlu berlaku ke atas manusia, bukannya ke atas televisyen. Ada masa, ahli keluarga diajar memilih siaran. Ada masa televisyen ditutup sepenuhnya mengikut keperluan dan keadaan.


REALITI

Tatkala didesak-desak, bimbang juga anak belajar menipu apabila cuba menyembunyikan perbuatannya yang sebenarnya biasa-biasa sahaja. Kemahiran menipu itu bisa menjadi senjata untuk menyembunyikan perbuatan yang nantinya luar biasa pula.

Itulah kekhuatiran saya.
Kekhuatiran tatkala mengendalikan program anak-anak remaja hari ini. Ramai dari kalangan mereka yang mempunyai ibu bapa dan keluarga yang komited dengan Islam, tetapi si anak memberontak dan berjiwa pemberontak. Ia bermula dengan kebosanan hidup, terutamanya apabila mereka mula membandingkan diri dengan kawan-kawan sebaya.


Atas kebimbangan itulah, saya memilih untuk mendekatkan anak dengan realiti kehidupan, dan membawa peti realiti kehidupan (yang penuh ilusi) ke dalam rumah. Cuma, realiti itu ditonton secara selektif, melalui proses membuat pilihan.


'Demi diri manusia dan (Dia) yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)'[Al-Shams 91: 7-10]


Kedewasaan itu adalah upaya memilih antara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Menyediakan anak menuju alam dewasa, menuntut ibu bapa mendidik anak untuk memilih dan membuat keputusan.



Ia jalan yang sukar, tetapi itulah kesukaran sebuah kehidupan.


Note: dai'e harus bijak menilai, menganalisa keadaan dan membuat keputusan yang praktikal yang bersesuaian dengan landasan yang telah ditetapkan oleh Allah. ALlahu ta'la 'alam.


Hasil Nukilan: Muhammad Azim bin Haji Hamidun (http://jihad4islam.blogspot.com/)

Monday, June 1, 2009

Hadith of The Day




Dari Abu Hurairah r.a, katanya: "Telah bersabda Rasulullah SAW: 'Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh-memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya." HR Muslim


~just for Allah~

wardatulislam

Saturday, May 30, 2009

Pesan Dari Kakak Tercinta..




Tetaplah di sini Adikku rahima fillah,

Di jalan KEIMANAN, di jalan KEISLAMAN, di jalan DAKWAH

Tetaplah bersama-sama meniti dan mendaki jalan ini sampai usai

Kita mungkin semua telah letih, kerana perjalanan ini memang sangat panjang dan amat berliku, tapi...

Tetaplah di sini dan jangan pernah pergi,Jangan menjauh dari jalan ini.



Yakinlah, kenikmatan yang kita reguk di jalan ini,

jauh lebih banyak dan indah daripada keindahan yang kerap dibanggakan

oleh mereka yang jauh dari jalan ini.



Janganlah berharap atau tertipu dengan fatamorgana kenikmatan, keindahan,

semua yang sering kita lihat dari orang-orang yang jauh dari jalan ini dan tuntunan-Nya...



Tetaplah di sini...


Lelah, letih, secara manusia itu pasti akan terasa...

Ingat kembali ucapan Imam Ahmad bin Hambal ketika beliau ditanya :

“Bilakah seorang hamba itu boleh beristirehat?”

Beliau menjawab, “ Nanti ketika kakinya menginjak SYURGA…”



Tetaplah di sini…wahai Adikku!!!



~Only for you Allah~

Wardatulislam


Monday, May 25, 2009

Warkah buat ukht habibati...



Bismillahirrahmaanirarraheem.... dengan asma' Allah ana memulakan bicara...


Salam ‘alaik ya ukht, moga kasih sayang Allah tidak pernah pernah putus buat kita insyaAllah. Ukht, hidup kita memang telah Allah telah janjikan untuk menjadi ujian buat kita. Untuk Allah memilih siapakah yang lebih baik antara kita.


Ana yakin Ukht tidak pernah lepas dari membaca kalimah Allah ini,

" Yang menciptakan mati dan HIDUP untuk menguji siapakah diantara kamu yang paling baik 'amalannya dan dialah yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun "

Surah Al-Mulk:2


Hidup ini tidak mudah. Jalan menuju Allah juga tidak mudah. Ana yakin anti sedar sunnatullah ini. Tetapi Allah menjanjikan kita ganjaran yang harganya tidak akan pernah dapat kita bayangkan dan tidak pernah dapat kita terfikirkan, dengar atau terlintas didalan hati, bagi tiap hambanya yang sabar dan tabah menempuhi jalan yang penuh liku ini. Warkah ini hanyalah sekadar ingatan rindu ana buat anti di kejauhan. Kalau dibandingkan dgn anti, ana merasakan tidak layak untuk berkata banyak. Ilmu yang anti miliki jauh lebih hebat berbanding ana. Ukht, ana sayang anti. Ana tidak mahu anti terus lemah begini.

Anti, analogikan wanita seperti buah epal. Buah epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di atas tanah. Tetapi, epal yang tidak mampu dibeli itu, kedudukannya dipuncak pohon. Susah sekali dipetik dan digapai. Terkadang epal itu risau, kenapa diri masih belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya. Sebenarnya, epal itu terlalu tinggi kualitinya, dan amatlah elok sifatnya sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memilikinya. Begitu juga hakikatnya wanita. Diri yang telah terjaga disisi Allah, tinggi kualitinya dan elok sifatnya sehinggakan Allah hanya mahukan pasangan yang terbaik buat dirinya. Seperti halnya Rasulullah dan Khadijah, insan hebat akan Allah gandingkan dengan yang hebat juga. Bergitu mendalamnya kasih dan sayang Rasulullah buat Khadijah, sehinggakan baginda merasakan amat kehilangan ketika Allah mengambil Khadijah dari sisi baginda. Kasih sayang yang begitu mendalam sehinggakan ‘Aishah merasa cemburu terhadap terhadap khadijah, walaupun khadijah telah tiada!


Ukhti sayang, jangan terlalu risau tentang jodoh. Itu rahsia dan urusan Allah. Ia juga rahmat dari Allah lebih-lebih lagi buat hambanya yang redha padanya dan dia juga redha padanya. Kehidupan ini akan lebih bermakna dengan cinta allah yang sentiasa mengiringi setiap detik perjalanan hidup kita ini, walaupun pasangan hidup masih belum ditemui didunia. Ia akan lebih bermakna lagi apabila Allah menyuruh hamba yang disayanginya untuk memetik di taman syurga kelak. Kita sama-sama berdoa agar mendapat pasangan yang turut sama menyintai Allah.


Lihat saja hakikat mutiara, lebih lama ia didasar laut, lebih menjadi lebih hebat kualitinya apabila di temui. Dan bukan calang orang yang boleh mendapatkannya, hatta, setelah didapatkan pon, bukan calang orang yang dapat membelinya.


" wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji dan adalah untuk wanita-wanita yang keji pula, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula "

surah An-Nur:26


Yakin pada janji Allah ini ukht. Kalau anti terus-terusan lemah begini, Syaitan pasti akan gembira. Kuatkan diri anti untuk melawan virus merah jambu ini. Tingkatkan imunisasi keimanan agar cinta anti pada Allah lebih dari segala-galanya dan agar hanya cinta Allah yang menjadi satu-satunya cinta yang anti harapkan. Perbaiki dan tingkatkan kualiti diri anti setingginya dan biarlah Allah yang menetapkan pasangan yang terbaik buat anti. Kita kejar cinta Allah dulu. Jadikan cinta Allah itu cinta yang paling unggul dalam hati kita sehingga Allah cinta pada kita dan akhirnya mengkhabarkan kepada seluruh makhluk ciptaannya akan hamba yang dicintainya. InsyaAllah, cinta dari hamba-hambanya yang lain pasti akan menyusul.



“Berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam :
Sesungguhnya Allah Taala apabila sudah mencintai hambanya,maka Dia akan memanggil malaikat Jibril alaihissalam seraya berkata : Sesungguhnya Aku mencintai si Fulan,maka dia akan dicintai,dan si Fulan itu juga akan dicintai oleh Jibril alaihissalam,maka Jibril alaihissalam pun menyeru ke langit seraya berkata : Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan!! maka dia akan dicintai,dia juga akan dicintai oleh penghuni langit,dan dia juga akan dicintai oleh penghuni bumi,tapi…Jika Aku murka terhadap seorang hamba itu,maka akan dipanggil pula Jibril alaihissalam dan berkata : Sesungguhnya Aku memurkai kepada si Fulan,maka dia akan dimurkai,dimurkai juga oleh Jibril alaihissalam,lalu Jibril alaihissalam pun menyeru kepada penghuni langit seraya berkata : Sesungguhnya Allah memurkai si Fulan!! maka dia akan dimurkai,juga dimurkai oleh penghuni langit,dimurkai juga oleh penghuni bumi”
(riwayat Imam Muslim)

“Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu berkata :

Berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam : Sesungguhnya allah Taala telah berkata : Barangsiapa yang memusuhi wali ku (6) maka Aku akan isytiharkan perang baginya,dan perkara yang dapat mendekatkan diri seorang hamba kepadaKu ialah pada apa yang Aku sukai terhadap kewajipan-kewajipan yang telah Aku wajibkan ke atas mereka,dan seorang hamba itu tidak akan dapat mendekatiKu dengan melakukan perkara-perkara sunat sehinggalah Aku mencintainya,jika Aku sudah mencintai dirinya,maka Akulah pendengaranya pada apa yang didengarinya,dan Akulah penglihatanya pada apa yang dilihatnya,dan Akulah tanganya pada apa yang dilakukanya,dan Akulah kakinya pada setiap yang dilaluinya,dan jika dia meminta kepadaKu maka pasti Aku akan memberinya,dan jika dia minta dilindungi,maka Aku pasti akan melindunginya”
(riwayat Imam Bukhari bernombor 6502 dan Imam Baihaqi bernombor 219/10 pada sunan beliau)


Ana mohon pada anti, janganlah direndahkan martabat anti kerana mungkin Allah telah menetapkan yang lebih baik buat anti. Lupakanlah apa yang telah berlalu, tidak perlu diungkap lagi perasaan sayang itu. Biar hanya Allah yang tahu. Teruslah bermohon hanya pada Allah.


" dan orang-orang yang mampu berkahwin hendaklah mereka menjaga kesucian (diri)nya sehingga Allah memampukan mereka dengan karunianya "
surah An-Nur:33


Coretan ringkas ini ana tulis kerana sayangkan anti dan ana mahukan yang terbaik buat anti seperti mana ana juga mahukan buat diri ana. Kita sama-sama menjaga diri dan jangan lah putus asa dari rahmat dan janji Allah. Sesungguhnya janji Allah itu tidak pernah salah. Jangan terkalahkan dengan nafsu kita sendiri. Ini hanya ujian kecil yang Allah datangkan untuk memilih siapa diantara hambanya yang layak diangkat martabatnya untuk menjadi jundu dan akhirnya syahid disisinya.

Ana mohon maaf andai nukilan ana ini mengguris hati anti. Tapi, ana mahu anti tahu yang ana sayang anti dan ana tidak mahu sebarang keburukan untuk anti.


Teruskan bersabar ya ukht.


Min Ukhtikum fillah


~Wardatulislam~

***Allahu ta’ala ‘alam***


" Ya tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri dan keturunan/zuriat yang menjadi penyejuk mata kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa "
surah Al-Furqan:74



Daripada Muaz ra daripada Rasulullah saw: Allah berfirman (hadis qudsi):

“ Wajib mendapat kasih sayang ku bagi orang-orang yang berkasih sayang kerana ku, orang-orang yang duduk bersama-sama kerana ku, saling hadiah menghadiah kerana ku dan orang-orang yang saling menziarahi kerana ku.”
Hr Ahmad dgn sanad yg sahih, Tabrani, Hakim dan Baihaqi di dalam kitab Syuabul Iman.


*******

Wednesday, May 20, 2009

Shift Your Paradigm


Islam Pernah Berjaya suatu masa dahulu. Menerajui 2/3 dunia. Sudah menjadi sunnatullah, sejarah pasti akan berulang. Maka tidak akan mustahil untuk islam bangkit kembali. Jadilah kita sebagai bahan bakar yang meyemarakkan lagi api kebangkitan islam. Moga dengan keredhaan kita pada setiap ketentuan Allah, menjadikan Allah juga redha pada kita. Bertindaklah selagi punya waktu.


Nahnu Du'at Qabla kulli Syai'

Just For You Allah

~wardatulislam~

Kisah Sebuah Jam

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.

"Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetak paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?"

"Ha?," kata jam terperanjat,
"Mana sanggup saya?" jawab jam yang mulai gelisah
"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" soal si pembuat jam lagi

"jikalau lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.

"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" lanjut si pembuat jam


"Dalam satu jam harus berdetak 3,600 kali? Banyak sekali itu" tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.


Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian bicara kepada si jam.


"Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetak satu kali setiap detik (saat)?"


"Naaaa, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh bersemangat.


Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetak satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa karena ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetak tanpa henti. Dan itu berarti ia telah berdetak sebanyak 31,104,000 kali.

Renungan :

Kita sering ragu dengan kebolehan dan potensi yang kita miliki sehingga terlupa pada janji pencipta langit, bumi dan seisinya, bahawa dia tidak akan mebebankan hambanya melebihi kemampuan yang mampu dipikul hambanya itu. Ada kalanya keraguan itu menjadikan kita merasakan segala tugas pekerjaan yang dilaksanakan amat berat. Namun sebenarnya setelah kita sudah menjalankannya, ternyata kita mampu melaksanakan. Keraguan itu telah menjadi penghalang kita untuk mengembangkan potensi diri yang dimiliki.


"You are what u think of yourself!"


"Kejayaan dicipta oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa"

Allah itu maha penyayang dan maha adil. Dia maha tahu apa yang mampu dan tidak mampu dilakukan hambanya kerana dia yang mencipta. Dan oleh kerana itu kita tertakluk dibawah petunjuk dan perintahnya. Tidak akan pernah sekalipon dia menzalimi hambanya. Tapi sebaliknya, hambanyalah yang sering menzalimi dirinya sendiri.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
(surah Al-Baqarah:286)


Dalam kebanyakan perkara juga, kita lebih cenderung banyak bersoal-jawab dari bertindak melakukan sesuatu. Banyak energi dihabiskan untuk berbantahan dan bersoal jawab. Namun amal yang dilakukan sedikit sekali. Sungguh Allah telah maklum dengan sifat manusia itu. Maka dihadirkan Al-Furqan, sebagai bimbingan bagi manusia untuk memilih jalan yang benar untuk sampai padanya.

Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah. (surah Al-Kahfi:18)

kesimpulannya, yakinlah dengan potensi yang telah Allah berikan pada kita. Kenalilah ia dan gilaplah potensi itu untuk dimafaatkan sebaiknya. Banyakkan amal sebelum bicara, kerana dalam kebanyakan perkara:-

"ACTIONS IS LOUDER THAN WORDS"
Allahu ta'ala 'alam. Al-Haqqu min rabbiy.
~Just For You Allah~
wardatulislam

Thursday, April 23, 2009

Sebuah rindu....

Bismillahirrahmaanirraheem….


SubhanaAllah… walhamdulillah… wa laa ilaha illallah…. Allahu akbar!!!

Segala pujian bagi Allah, tuhan pentadbir seluruh ‘alam. Yang didalam kekuasaannya terletak segala ketetapan. Sedar tak sedar, sudah hampir 3 bulan saya berada dibumi Adelaide. Kawasan lain dibumi Australia yg luas ini. Walaupon kenangan di Canberra masih kuat terukir di memori ini, namun takdir telah menetapkan musafir saya yang seterusnya di bumi Adelaide.

Allah itu maha adil, maha tahu segala apa yang telah ditetapkannya.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma’aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

(QS Al-Baqarah:286)


Kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itu jugalah yang terbaik. Hijrah saya ke bumi Adelaide kali ini, adalah sesuatu yang tidak pernah saya duga sepanjang belajar di Australia. Mungkin sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di Australia ini, pernah juga terlintas di dalam hati untuk melanjutkan program honours di universiti yang lain dari Australian National University, Canberra. Namun, tidak pernah disangka, lintasan hati itu menjadi suatu kenyataan. Allahu akbar!

Hijrah ini sememangnya bukan suatu yang mudah buat saya. Apalagi, Canberra banyak menyimpan seribu satu kisah hidup saya di bumi asing bernama Australia. 'tempat jatuh lagikan dikenang, inikan tempat bermain'. begitulah pepatah melayu menyatakan.

Banyak perkara yang perlu difikirkan dan banyak perubahan yang perlu dilakukan. Sehingga terasa amat berat untuk melakukannya. Hanya pada Allahlah tempat diri ini berserah.





Suatu ketetapan yang pasti, Adalah Allah akan memberikan apa yang kita PERLU dan tidak semestinya apa yang kita MAHU. walaupon saya sangat MAHU menghabiskan pembelajaran sarjana muda honours ini di Canberra, tapi Allah mengatakan PERLU untuk saya melanjutkannya di Adelaide. terkadang pada setiap apa yang kita minta, jika tidak dia tunaikan dengan segera, pasti dia menundanya kesuatu masa yang lain atau pasti dia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta. memikirkan ini, hati saya menjadi tenang.

'la tahzan, innallaha ma'ana'


Setelah berhijrah ke Adelaide, pastinya teman-teman Canberra yang paling saya rindui. Adik-adik comel yang bermacam-macam kerenahnya sangat saya rindu.



“Ya Allah, Aku amat merindui mereka, kalau peliharalah mereka dan jangan kau biarkan mereka dalam kesusahan yang membawa mereka jauh darimu”
doa saya dari kejauhan



Kalau diikutkan hati, mmg tak mahu berpisah dengan mereka. Rasa seperti berpisah dari saudara sedarah. Sedih. Amat sedih. memang sudah menjadi sunnatullah bagi setiap pertemuan itu, akan pasti ada perpisahan dan setiap yang bermula pasti akan berakhir. seperti mana halnya mati. firman Allah,

“Tiap-tiap yang berisi akan merasakan mati, kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.”

(Surat Al-Ankabut : 57)


“Dan mereka berkata : “Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup serta tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa,” dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja.”
(Surat Al-Jaatsiyah : 24)

hanya pertemuan dan perpisahan kerana Allahlah yang bakal mendapat perlindungan 'arash Allah di akhirat kelak.

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim


Pengalaman 3 tahun bersama dengan teman-teman di Canberra banyak mengajar saya ttg erti kehidupan. Mengajar untuk lebih mengenal diri dan untuk lebih dekat dengan tuhan. Setiap individu yang saya temui tidak terlepas mengajarkan saya sesuatu yang cukup berharga.



Ada seorang ukht yang dikasihi, safuraa namanya. Sopan dan lembut tutur katanya. Sesekali rasa tercabar juga dengan kelembutan tutur bicaranya. Adik saya ni, sangat tinggi itsarnya (pengorbanan) untuk orang lain sampaikan kadang-kadang hak dirinya sendiri terabaikan. Sangat sensitive dengan perasaan orang lain dan lembut hati. Kepakarannya, adalah membuat kek. Boleh dikatakan tahun pertama dia di Canberra, setiap kali hari jadi teman-teman di Canberra, pasti dia menjadi individu yang menyumbangkan kek. Sedap. Silap-silap boleh bukak kedai kek suatu hari nanti. InsyaAllah. Dengannya saya banyak belajar untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi dengan perasaan orang lain. Tak semua orang fikir seperti apa yang kita fikir dan tak semua orang nak buat ape yang kita buat. Dia banyak mengajar saya ‘skill’ untuk bersabar. Terime kasih ye dik. Moga Allah memberi kemudahan didunia dan di akhirat atas segala kebaikan yang safuraa buat pada akak. Really miss you dear. and one thing not to forget, die banyak ajar saye vocab aussie baru!... thanks sis.



Ukht-ukht saya di miller (ziq, amalina, nadia) kalian tahu siapa kalian. Saya amat rindukan mereka. Mereka mengingatkan saya, ketika Allah mencampak kembali hidayah kedalam hati saya yang sedang jahil dan jauh tersasar dari jalan yang benar. Semangat untuk melakukan perubahan sangat besar. SubhanaAllah! Hammasah mereka yang meluap-luap sangat mengubati iman yang sedang melemah. Syukur yang tidak terhingga pada Allah yang menghadirkan mereka dalam hidup saya. Saban hari bersama mereka, membuatkan saya terus kuat untuk memperbaiki diri dan untuk terus istiqamah lebih-lebih lagi pada jalan dakwah ilallah. Walaupon kakaknya ini sering sahaja tidak pulang rumah, namun itu tidak sedikit pon melemahkan ukuwah kami. Memang tidak dinafikan, apabila tidak berinteraksi, akan pasti ada prasangka-prasangka yang menjadi virus ukhuwah. Namun iman yang dibina banyak membantu kami untuk terus manjaga ikatan ukhuwah ilallah ini. Jazakillah ukhti atas segalanya. Moga Allah membalas dengan kebaikan yang banyak.


Adik-adikku di Unilodge. Ah! Allah saja yang tahu betapa saya merindui mereka. Nadrah, Thuaibah, sarah, shazlin, eidah, ann, watis, ilah, fadh. U guys make my day. Unilodge (salah satu kediaman pelajar yang hampir majoriti pelajar malaysia menetap disitu) dah macam rumah kedua saya. Maklumlah, bila kerja lewat malam di'uni', tempat paling dekat untuk singgah bermalam adalah dirumah adik-adik unilodge.

"akak tidur mane malam nih" soal watis

"hmm... tak sure lagi la" jawab saya

"maklumlah.. orang tu ade kan banyak rumah... sampai tak tau nak balik mane" balas watis sambil ketawa kecil

saya hanya tersenyum setiap kali mengingat kembali pertanyaan itu. betapa kerapnya saya berasa disana.

"Ya Allah, mudah-mudahan kehadiranku tidak menyusahkan mereka" bisik hati saya.

Mereka sangat baik dan masing-masing punyai karakter masing-masing. Sangat unik. Tiap-tiap satu tidak pernah lepas dari mengajar saya sesuatu tentang kehidupan. seorang ukht, Thuaibah namanya, sangat baik, peramah dan anak jati terengganu. Dengan Thuaibah, kalau dah mule borak, mmg tak boleh nak berhenti. Inilah teman borak a.k.a diskusi yang bolehlah dikatakan agak sekepala. Macam2 isu yang sering jadi topik perbualan kami. dari isu dunia, tarbiyyah dan dakwah, sampai isu2 rumah tangga. Diskusi dengan Thuaibah memang menarik. Walaupon kadang-kadang kami berbeza pendapat tentang sesuatu perkara, namun, ia sedikit sebanyak telah membuatkan saya kembali berfikir dengan suatu sudut pandang yang baru. Ahli bahas la katakan. Thanks ukht, you’ve helped developed my 'tsaqafah' a lot.






Watis, sarah, eidah, dan shazlin banyak memberi semangat untuk rajin belajar. kalau tengok diorang belajar, rasa sangat bersemangat untuk belajar. Walaupon course yang mereka ambil jauh sekali dari apa yang saya ambil, namun semangat belajar yang mere pamerkan sedikit sebanyak turut merangsang semangat saya untuk tidak putus asa pada ujian-ujian sepela yang datang untuk menggugah konsentrasi saya pada belajar. Mereka nih teman saya untuk makan makanan yang pedas-pedas. Especially watis. takde siape boleh lawan. lauk pedas pon boleh lagi makan dengan sambal bajak. Hebatlah watis. Kene hati-hati jugak dik. makan pedas-pedas nih orang kate tak elok untuk kesihatan. one things that I learn from them, especially sarah, is to be punctual, not to sleep after subuh (although I rarely do that) , working with full commitment and hardwork and sentiasa bersemangat dalam melakukan semua perkara.

Apepon, U guys are so special that I feel some part of myself have been being torn away when I move here, in Adelaide. mereka nih la teman tidur, makan, masak-masak untuk MASAC dan lain-lain. Miss them so much.


Ann, ilah, fadh and Nadrah, are the special ones as well. Mereka ini saya rasakan sangat dekat dihati. Semuapon begitu. Only Allah knows.

Ann, ilah, fadh adalah junior 'biotech' yang punya peribadi tersendiri. Ann sangat sungguh-sungguh dalam semua perkara yang dilakukan dan suke merancang aktivitinya, dari aktiviti harian, bulanan dan tahunan. Perasaan ann, adalah yang paling susah untuk saya 'tebak'. kadangkala tak tau ape yang die fikir atau rase. pon begitu, saya rasa amat dekat dengannya. ada satu ikatan hati yang kuat yang saya sendiri tak tau nak jelaskan bagaimana, yang mengikat hati-hati kami. Mungkin ini doa yang telah dikabulkan Allah.


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..




Kerenah Ann, fadhlina dan ilah sering mengingatkan saya pada adik-adik yang ditinggalkan dimalaysia. Mungkin kerana itu mereka terasa sangat dekat dihati. Kami sering berkongsi-kongsi perasaan, masalah dan pendapat. Walaupon hanya pertemuan singkat tetapi terasa sungguh bererti. Walaupon hanya sebentar masa berlalu, rasa macam sudah terlalu lama waktu berlalu. Berbual dengan mereka tidak pernah sekalipon membosankan. Interaksi saya dengan mereka banyak mengajar saya cara-cara untuk saya berinteraksi dengan adik-adik saya yang lebih banyak lagi kerenahnya. Membuatkan saya lebih-lebih lagi menyayangi mereka.

"Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami untuk menuju jalanmu agar kami tidak tersesat kerana tipu daya dan perhiasan dunia"

For my dear nadrah, thanks a lot for everything. Nadrah banyak mengajar akak untuk sentiasa kembali berinteraksi dengan dunia realiti sebab kadangkala apa yang kita bayangkan sangat jauh dari realiti dan dalam setiap tindakan haruslah sesuai dengan realiti. Sometimes, interacting with u force me to do somethings that i was always afraid of doing. I never regret that. I'm a better person now. Not afraid of doing the right things and to always rely on Allah. in everything. Dengan nadrah juga akak banyak belajar untuk sabar dan belajar untuk mendengar. Your presence, enhance the other side of me. Thanks sis!

Tak lupe juga untuk seorang kakak yang sangat saya sayang. panggilan manja saya padanya kak nina (takdela manje sangat pon). Seorang kakak yang banyak mengajar saya erti hidup yang sebenar. Erti hidup sebagai seorang hamba pada tuhan yang berkuasa atas segala-galanya. Spending times with her, means a lot to me. Terasa seperti mempunyai seorang kakak yang sentiasa memberi peringatan pada diri yang kadang-kadang lupa ini. Time kasih kak. Dengan kak nina, saya belajar untuk tidak menilai sesuatu itu sebelum betul memahami. Terkadang apa yang kita lihat pertama kali tidak semestinya benar. Memang ikhlas dan sabar itu sangat penting. Juga, sebagai seorang insan, tiada sedikit kudrat pon milik kita. semuanya dari Allah. Interaksi saya dengan kak nina banyak mengajar saya untuk sentiasa kembali menyedari hakikat diri dan untuk sentiasa merendah diri. sejauh manapon pencapaian yang telah dicapai. Semua itu dari Allah. Saya sangat bersyukur atas pertemuan singkat ini. Saya doakan akak sentiasa berada dibawah rahmat Allah dan moga segala urusan akak dipermudahkan oleh Allah. amin ya rabbal 'alamin.


Ya, Allah, aku sangat bersyukur atas setiap yang telah engkau takdirkan untukku. Juga tidak mungkin ku lupa, all sisters that I've met from Canberra mosque. Mereka menjadi kekuatan saya disaat saya lemah iman. Mereka seperti ibu, kakak dan saudara buat saya yang asing diperantauan ini.

"I dont know, who will manage my body if I die here?"

begitu soal kak nadia, seorang senior jurusan sains aktuari pada sister fatimah pada suatu hari dipertemuan rutin kami setiap jumaat.

" of course we will manage. we are all sisters in islam. we are your family here" jawab sister fatimah.

jawapan ringkas yang membuatkan saya sebak menahan tangis. Allahu akbar. Indahnya bertemu dan berpisah keranamu Allah. To Sister niken, sister Fatima, aunt zaharah, sister nadia and all other sisters, I luv you fillah. May Allah destined to us Jannah. insyaAllah.



Apa yang boleh saya katakan, kehidupan di Canberra telah banyak merubah hidup saya untuk menjadi insan yang lebih baik. Mungkin dikesempatan ini tidak semua nama dapat saya mention disini. Tapi, kalian tahu siapa kalian. Setiap seorang yang saya temui, tidak pernah terlepas dari mengajar saya sesuatu tentang kehidupan. to those yg akak tak mention name, u guys are important in my life too.

Kini, saya perlu untuk meneruskan kehidupan yang baru di bumi Adelaide. Sememangnya Allah telah mentakdirkan yang terbaik di Adelaide. Disini saya ditemukan dengan insan-insan yang sangat baik budi pekertinya. Teman-teman lama yang sudah hampir 3 tahun berpisah, kini akhirnya bertemu kembali. Ah, teringat kembali zaman di INTEC dulu. Walaupon susah, tapi membahagiakan. Thanks alia, maizon, wani and hezrin. U guys have done a lot for me. Only Allah can pay you back.


Yang paling saya terkesan sekali adalah pertemuan saya dengan 6 orang adik-adik comel yang kini saya telah menjadi sebahagian 'housemate' mereka. Mereka adalah hazrin, zetty, zahraa', noin, aishah dan nadia. They are sooooo special to me. Kebaikan mereka membuatkan saya kadangkala merasa malu dengan diri sendiri. Mereka sangat hanif, baik, sopan dan sangat menghormati. Perkara pertama yang mereka ajarkan pada saya (walaupon secara indirectly) adalah ‘DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER’. Mereka tak sama seperti remaja-remaja lain yang saya bayangkan saat pertama kali bertemu dengan mereka. Mungkin juga kerana mereka lebih educated. Walaupon perangai mereka kebudak-budakkan dengan kegila-gilaan yang kadangkala saya sendiri pon tak dapat nak duga, namun mereka matang.



Terasa seperti berada bersama adik-adik saya sendiri. Saya sayang mereka. Allah saja yang tahu betapa saya menyayangi mereka. Mereka pandai mengurus diri dan tahu menyesuaikan diri dengan keadaan. Terasa gembira memanjakan mereka. Terubat juga rindu pada eleesha, angah, haziq, hikam dan hasbi. Tidak dinafikan mereka nih kadangkala agak ‘gila-gila’ dan suka berjenaka, namun apa yang saya kagum pada mereka ialah, mereka sangat menjaga solatnya. Cukup waktu, masing berkumpul untuk solat jemaah. Allahu akbar! Suatu keadaan yang tidak saya jangkakan sewaktu pertama kali bertemu dengan mereka. Bukan apa, realiti masyarakat dimalaysia menyebabkan saya tidak terlepas berfikir sedemikian, walaupon sudah sekuatnya saya menafikan. Memang Allah itu mengajar dengan bermacam cara. kerana itu dia menyuruh hambanya yang beriman itu untuk sentiasa berfikir dan merefleksi.

Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir. (surah At-Jatsiyah: 13)
Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (surah Al-'Araaf:176)
Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan." Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.
(surah Al-Faathir:37)

Saya tidak sabar untuk melewati setiap hari bersama mereka. Saya pasti, banyak yang dapat saya pelajari dari interaksi dengan mereka. Secara kesuluruhannya saya belajar untuk menjadi lebih baik sebagai hamba Allah, sebagai kakak, dan yang paling penting sebagai seorang da’ie.



“Ya Allah, ku bermohon kepadamu, kukuhkanlah ikatan hati diantara kami dalam ketaatan kepadamu dan moga ku menjadi hambamu yang lebih baik”


Moga kehidupanku akan lebih membaik dan moga aku tidak lalai dengan nikmat yang telah engkau berikan ini Ya Allah. Looking forward to learn from living in Adelaide


To be continued…..Amen…


~wardatulislam~

Tuesday, March 31, 2009

kenikmatan dalam kesyukuran.... muhasabah


Kita sering sibuk dengan kehidupan seharian kita. Terlampau sibuk sehingga tidak punya waktu untuk berhenti sejenak. Berhenti untuk bernafas. Berhenti untuk mengintrospeksi diri. Adakah kesibukan aku ini membawa kebaikan untukku??? Kita terlampau sibuk dengan nikmat kurniaan Allah sehingga terlupa untuk behenti sejenak dan melahirkan rasa syukur yang sebanyak-banyaknya kepada yang memberi nikmat. Nikmat yang Allah berikan terlampau banyak. Kebolehan anda membaca artikel ini juga suatu nikmat yang diberikan buat anda. SubhanaAllah. Disaat anda membaca artikel ini, mungkin bermacam-macam perkara terlintas di fikiran anda. Itu juga nikmat. Bukan semua makhluk didunia ini Allah beri nikmat berfikir. Anda mengantuk??? Itu juga nikmat. MaashaAllah, banyak sungguh nikmat yang Allah beri kan?? Tapi pernahkah kita melahirkan rasa kesyukuran kita atas nikmat yang kita kecapi ini??


Mungkin setelah mendapat gaji bulanan, akan terungkaplah dibibir kita kalimat “Alhamdulillah, akhirnya masuk juga gaji bulan ni. Aku dah sesak sangat nih”. Atau mungkin juga setelah mendapat keputusan yang cemerlang, akan lahirlah kata-kata “Alhamdulillah, tak sia-sia usaha aku selama ini”. Tidak salah ungkapan ini. Memang seharusnya kesyukuran itu diungkapkan. Tapi perlukah ada sebab tertentu untuk kita mengucapkan syukur??? Pernahkah anda, mengucapkan syukur tatkala bangun dipagi hari kerana masih mempunyai cukup pancaindera, bisa bernafas, bisa menggerakkan anggota badan anda dan bangun berjalan menuju ke kamar mandi?? You know yourself better. Pernahkah anda mengucapkan syukur tatkala anda terlupa sesuatu perkara??? Aneh bukan??? Pasti anda tertanya-tanya mengapa perlu kita bersyukur kerana terlupa???


Bagus soalan itu. Baru-baru ini majalah ‘new scientist’ mengeluarkan suatu artikel tentang seorang gadis remaja yang sengsara hidupnya kerana dia tidak mempunyai kemampuan untuk lupa. Dia tidak boleh melupakan setiap perkara yang telah berlaku dalam kehidupannya. Dia ingat persis setiap perkara yang dilakukannya dan yang berlaku dalam hidupnya. Dia melahirkan rasa sedihnya kerana terpaksa mengingati semua perkara. Perkara itu juga telah menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan. Allahu akbar!!! Lupa juga adalah nikmat rupanya.


Firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah Al-baqarah ayat 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


Firman Allah lagi dalam surah Az-Zumar ayat 7

Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada)mu.


Maha suci tuhanku yang maha agung dengan keagungan segala sifatnya. Maha pemurah lagi maha penyayang. Engkau memiliki sesempurna sifat. Sedikit sekali diantara kami yang melahirkan rasa syukur atas segala nikmat yang telah engkau berikan. Maafkanlah hambamu yang sering leka. Maafkan kami atas kelekaan kami melaksanakan taklifan yang telah kau berikan kepada kami.


Rasa kesyukuran yang sejati lahir atas landasan keimanan. Rasa kesyukuran ini akan membawa manusia kesuatu tahap perendahan diri secara total pada keagungan yang maha kuasa. Dan Allah yang maha mensyukuri hambanya tidak pernah sesekali membiarkan hambanya yang telah merendahkan diri padanya begitu sahaja. Dinaikkan derajat hamba ini disisinya. Didunia dia dihormati, diakhirat dia selamat dari dimurkai.


Namun, keyukuran hanya akan lahir atas dasar keimanan dan tidak akan lahir rasa keimanan tanpa ilmu. Menjadi tuntutan atas setiap amal untuk didasari dengan iman. Kerana dengan keimana manusia sedar akan hakikat dirinya dan tuntutan keatas dirinya. Tapi apakah yang dapat kita perhatikan saat ini??? Keimanan manusia kini kian melemah. Semuanya kerana kurangnya pemahaman terhadap ilmu. Ilmu banyak yang dimiliki menjadikan pemiliknya malah lebih jauh dari yang empunya ilmu. Merasakan dirinya tinggi derajatnya kerana banyaknya ilmu yang dimiliki. alangkah sedihnya melihatkan apabila ilmu yang banyak tidak mampu untuk membuka mata hati insan bahawa segala apa yang ada padanya hanyalah pinjaman dari yang memiliki segala kuasa. Pinjaman yang menjadi ujian. Yang bakal menentukan kesudahan diantara yang beriman dan yang berpura-pura beiman. Ujian kesusahan, kemelaratan dan kekurangan bakal menjadikan kita kuat, tapi sentiasalah berhati-hati dengan kenikmatan dan kesenangan kerana ia ujian yang bakal menghanyutkan kita kedalam neraka.


Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 49.

“Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.”


Suatu hal yang perlu kita sentiasa ingat, bahawa interaksi kita dengan kehidupan didunia ini seharusnya seperti interaksi seorang musafir dengan tempat persinggahannya. Telah banyak persinggahan yang telah di lalui. Hanya tinggal persinggahan yang terakhir sebelum sampai ke destinasi yang kekal abadi. Tidak mungkin seorang musafir itu hidup ditempat persinggahannya seperti layaknya mereka yang bermukim ditempat itu. Datangnya hanyalah sekadar untuk medapatkan bekalan bagi meneruskan perjalanannya menuju destinasi yang berikut. Bekalan yang didapatkan juga tidaklah berlebih-lebih. Hanya cukup untuk memenuhi keperluannya untuk berjalan sampai ke destinasi yang dituju. Kerna musafir ini tahu, bahawa tempat persinggahan itu bukanlah tempatnya dan adalah sia-sia untuknya berhabisan di tempat yang bakal ditinggalkannya. Sebaiknya disiapkan bekal agar dia dapat sampai ke destinasi akhir dengan sebaiknya untuk membina suatu kehidupan yang lebih kekal dan bahagia.


Hidayah yang Allah campakkan kedalam diri insan sesungguhnya adalah suatu kurniaan terbesar dari Allah azza wajalla. Ia anugerah yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Ia bukti kasihnya Allah pada cintaannya. Makanya Allah murka pada yang menjualkan hidayah ini dengan dunia yang sangat rendah harganya. Tanpanya kita tidak akan dapat mengenal akan adanya yang maha kuasa. Tanpanya tidak mungkin kita selamat dari azab neraka.


Tiada gunanya panjang bicara, jika hati tidak terbuka. Sucikanlah hati dari noda yang telah menutup pintu cahaya. Terjemahkanlah ilmu menjadi nyata. Lahirkanlah kesyukuran dengan ketaatan padanya. Sesungguhnya Allah tidak akan pernah mensia-siakan amalan hambanya walaupun sebesar zarah. Dekatkanlah diri dengannya, kerana tanpanya siapalah kita.


allahu ta'ala 'alam. Ana Al-Faqeerah ilallah. Al-haqqu min rabbi.

-wardatulislam-

Wednesday, March 25, 2009

'Hammasatus-syabab'

Umat sekarang sedang dilanda serangan kemiskinan yang lebih parah dari kemiskinan harta iaitu kemiskinan azam dan tekad. Dengan azam dan tekad manusia akan mampu mencapai kekayaan harta , namun tanpanya manusia akan hilang segalanya.


Menyorot pepatah melayu ‘dimana ada kemahuan disitu ada jalan’ amat selari sekali dgn janji Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 11 ‘innallaaha laa yughayyiruu maa bi qaumin hattaa yughayyiruu maa bi anfusihimSesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.’ Segalanya bermula dengan kemahuan. Kita tidak akan tidur jika tidak mahu tidur, tidak akan makan jika tidak mahu makan dan tidak akan berkahwin jika tidak mahu berkahwin.


Oleh kerana mahu melihat nama Allah diagungkan, Rasulullah mula perlahan-perlahan memperbaiki keadaan ummah bermula dgn apa yang mampu dilakukannya. Bermula dgn dirinya, keluarga dan sahabatnya. Jika, rasulullah tidak mempunyai kemahuan, azam dan tekad yang kuat maka generasi sekarang ini tidak akan mungkin akan mengenal zat agung, pentadbir alam semesta ini.


Kemahuan, azam dan tekad akan menjadi semacam ‘energi’ yang akan mengerakkan motor perubahan. Revolusi tidak akan mungkin berlaku tanpa adanya individu-individu yang mempunyai kemahuan untuk membangun peradaban. Inilah yang harus kita bangunkan dalam diri pemuda kini untuk menyalakan kambali apa yang dikatakan oleh Hassan Al-Banna sebagai ‘hammatus syabab – semangat pemuda’. Dengan semangat ini pasti akan tercetus suatu revolusi yang akan mampu mengibarkan semula kalimat shahadat dimuka bumi dan nescaya nama Allah akan kembali diagungkan sebagaimana sepatutnya.


Namun, hal tidak akan berlaku jika ianya hanya sekadar menjadi omongan dibibir. Ia harus digerakkan dengan amal. Lakukanlah apa sahaja yang kita mampu. Mulakan dengan diri sendiri. Tidak ada gunanya bermimpi untuk membaikan ummah jika diri sendiri pon tidak mampu dibaikkan. Sentiasa membaikkan diri agar bias menjadi qudwah yang bias diteladani. Tiada kekuatan pada kata-kata tanpa sokongan kekuatan peribadi. Yang akan terbit hanyalah jeritan “Ah..cakap tak serupa bikin!”. Inilah masanya kita memantapkan diri dengan ilmu dan kefahaman yang mendalam tentang al-haq sehingga kebenaran ini menjadi nadi yang menggerakkan seluruh kehidupan kita dan sehingga tidak bisa ditawar-tawar lagi dgn yang lain. Paksinya haruslah sentiasa pada Quran dan sunnah. Terimalah kebenaran darimanapun datangnya. Kenallah kebenaran, nescaya kamu akan mengenal siapa pengikutnya. Sesungguhnya kenytaan hari ini adalah mimpi semalam... ini hanya akan tinggal kata-kata jika tidak diterjemahkan dengan amal. Allahu ta’ala ‘alam


Hayati kata-kata ini:-

A man was on his death bed, someone asked him to give some wise counsel before he departed, the world he Said.

" When I was young I wanted to change the world and solve its problems, As I got older I realized that perhaps I should lower my sights, I thought I would be better served in changing my country as time went on I realized that people of country could not be changed. I decided to change the people of my town , but they also did not wish to change, When I reached my old age I thought I would try changing my Family, here also I found my endeavours go to waste, try as I might my family members would not change.

" Now that I am on my death bed, I have realized that if I had sought to improve myself, and removed my own defects, then perhaps my family members would have been influenced. Then seeing the behavior of my family, people of my town would have been influenced. By seeing the spiritual change and improvement of the people of my town, the people of my country would have been influenced. And perhaps through the people of my country the world may have been influenced."
* Source Unknown.

allahu ta'ala 'alam. Segala yang baik datangnya dari Allah. Mohon maaf atas segala kekhilafan dan semoga Allah memberi kekuatan untuk melakukan perubahan terutamanya terhadp diri sendiri.

-wardatulislam-