Monday, May 25, 2009

Warkah buat ukht habibati...



Bismillahirrahmaanirarraheem.... dengan asma' Allah ana memulakan bicara...


Salam ‘alaik ya ukht, moga kasih sayang Allah tidak pernah pernah putus buat kita insyaAllah. Ukht, hidup kita memang telah Allah telah janjikan untuk menjadi ujian buat kita. Untuk Allah memilih siapakah yang lebih baik antara kita.


Ana yakin Ukht tidak pernah lepas dari membaca kalimah Allah ini,

" Yang menciptakan mati dan HIDUP untuk menguji siapakah diantara kamu yang paling baik 'amalannya dan dialah yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun "

Surah Al-Mulk:2


Hidup ini tidak mudah. Jalan menuju Allah juga tidak mudah. Ana yakin anti sedar sunnatullah ini. Tetapi Allah menjanjikan kita ganjaran yang harganya tidak akan pernah dapat kita bayangkan dan tidak pernah dapat kita terfikirkan, dengar atau terlintas didalan hati, bagi tiap hambanya yang sabar dan tabah menempuhi jalan yang penuh liku ini. Warkah ini hanyalah sekadar ingatan rindu ana buat anti di kejauhan. Kalau dibandingkan dgn anti, ana merasakan tidak layak untuk berkata banyak. Ilmu yang anti miliki jauh lebih hebat berbanding ana. Ukht, ana sayang anti. Ana tidak mahu anti terus lemah begini.

Anti, analogikan wanita seperti buah epal. Buah epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di atas tanah. Tetapi, epal yang tidak mampu dibeli itu, kedudukannya dipuncak pohon. Susah sekali dipetik dan digapai. Terkadang epal itu risau, kenapa diri masih belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya. Sebenarnya, epal itu terlalu tinggi kualitinya, dan amatlah elok sifatnya sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memilikinya. Begitu juga hakikatnya wanita. Diri yang telah terjaga disisi Allah, tinggi kualitinya dan elok sifatnya sehinggakan Allah hanya mahukan pasangan yang terbaik buat dirinya. Seperti halnya Rasulullah dan Khadijah, insan hebat akan Allah gandingkan dengan yang hebat juga. Bergitu mendalamnya kasih dan sayang Rasulullah buat Khadijah, sehinggakan baginda merasakan amat kehilangan ketika Allah mengambil Khadijah dari sisi baginda. Kasih sayang yang begitu mendalam sehinggakan ‘Aishah merasa cemburu terhadap terhadap khadijah, walaupun khadijah telah tiada!


Ukhti sayang, jangan terlalu risau tentang jodoh. Itu rahsia dan urusan Allah. Ia juga rahmat dari Allah lebih-lebih lagi buat hambanya yang redha padanya dan dia juga redha padanya. Kehidupan ini akan lebih bermakna dengan cinta allah yang sentiasa mengiringi setiap detik perjalanan hidup kita ini, walaupun pasangan hidup masih belum ditemui didunia. Ia akan lebih bermakna lagi apabila Allah menyuruh hamba yang disayanginya untuk memetik di taman syurga kelak. Kita sama-sama berdoa agar mendapat pasangan yang turut sama menyintai Allah.


Lihat saja hakikat mutiara, lebih lama ia didasar laut, lebih menjadi lebih hebat kualitinya apabila di temui. Dan bukan calang orang yang boleh mendapatkannya, hatta, setelah didapatkan pon, bukan calang orang yang dapat membelinya.


" wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji dan adalah untuk wanita-wanita yang keji pula, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula "

surah An-Nur:26


Yakin pada janji Allah ini ukht. Kalau anti terus-terusan lemah begini, Syaitan pasti akan gembira. Kuatkan diri anti untuk melawan virus merah jambu ini. Tingkatkan imunisasi keimanan agar cinta anti pada Allah lebih dari segala-galanya dan agar hanya cinta Allah yang menjadi satu-satunya cinta yang anti harapkan. Perbaiki dan tingkatkan kualiti diri anti setingginya dan biarlah Allah yang menetapkan pasangan yang terbaik buat anti. Kita kejar cinta Allah dulu. Jadikan cinta Allah itu cinta yang paling unggul dalam hati kita sehingga Allah cinta pada kita dan akhirnya mengkhabarkan kepada seluruh makhluk ciptaannya akan hamba yang dicintainya. InsyaAllah, cinta dari hamba-hambanya yang lain pasti akan menyusul.



“Berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam :
Sesungguhnya Allah Taala apabila sudah mencintai hambanya,maka Dia akan memanggil malaikat Jibril alaihissalam seraya berkata : Sesungguhnya Aku mencintai si Fulan,maka dia akan dicintai,dan si Fulan itu juga akan dicintai oleh Jibril alaihissalam,maka Jibril alaihissalam pun menyeru ke langit seraya berkata : Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan!! maka dia akan dicintai,dia juga akan dicintai oleh penghuni langit,dan dia juga akan dicintai oleh penghuni bumi,tapi…Jika Aku murka terhadap seorang hamba itu,maka akan dipanggil pula Jibril alaihissalam dan berkata : Sesungguhnya Aku memurkai kepada si Fulan,maka dia akan dimurkai,dimurkai juga oleh Jibril alaihissalam,lalu Jibril alaihissalam pun menyeru kepada penghuni langit seraya berkata : Sesungguhnya Allah memurkai si Fulan!! maka dia akan dimurkai,juga dimurkai oleh penghuni langit,dimurkai juga oleh penghuni bumi”
(riwayat Imam Muslim)

“Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu berkata :

Berkatanya rasulullah sallallahu alaihi wassalam : Sesungguhnya allah Taala telah berkata : Barangsiapa yang memusuhi wali ku (6) maka Aku akan isytiharkan perang baginya,dan perkara yang dapat mendekatkan diri seorang hamba kepadaKu ialah pada apa yang Aku sukai terhadap kewajipan-kewajipan yang telah Aku wajibkan ke atas mereka,dan seorang hamba itu tidak akan dapat mendekatiKu dengan melakukan perkara-perkara sunat sehinggalah Aku mencintainya,jika Aku sudah mencintai dirinya,maka Akulah pendengaranya pada apa yang didengarinya,dan Akulah penglihatanya pada apa yang dilihatnya,dan Akulah tanganya pada apa yang dilakukanya,dan Akulah kakinya pada setiap yang dilaluinya,dan jika dia meminta kepadaKu maka pasti Aku akan memberinya,dan jika dia minta dilindungi,maka Aku pasti akan melindunginya”
(riwayat Imam Bukhari bernombor 6502 dan Imam Baihaqi bernombor 219/10 pada sunan beliau)


Ana mohon pada anti, janganlah direndahkan martabat anti kerana mungkin Allah telah menetapkan yang lebih baik buat anti. Lupakanlah apa yang telah berlalu, tidak perlu diungkap lagi perasaan sayang itu. Biar hanya Allah yang tahu. Teruslah bermohon hanya pada Allah.


" dan orang-orang yang mampu berkahwin hendaklah mereka menjaga kesucian (diri)nya sehingga Allah memampukan mereka dengan karunianya "
surah An-Nur:33


Coretan ringkas ini ana tulis kerana sayangkan anti dan ana mahukan yang terbaik buat anti seperti mana ana juga mahukan buat diri ana. Kita sama-sama menjaga diri dan jangan lah putus asa dari rahmat dan janji Allah. Sesungguhnya janji Allah itu tidak pernah salah. Jangan terkalahkan dengan nafsu kita sendiri. Ini hanya ujian kecil yang Allah datangkan untuk memilih siapa diantara hambanya yang layak diangkat martabatnya untuk menjadi jundu dan akhirnya syahid disisinya.

Ana mohon maaf andai nukilan ana ini mengguris hati anti. Tapi, ana mahu anti tahu yang ana sayang anti dan ana tidak mahu sebarang keburukan untuk anti.


Teruskan bersabar ya ukht.


Min Ukhtikum fillah


~Wardatulislam~

***Allahu ta’ala ‘alam***


" Ya tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri dan keturunan/zuriat yang menjadi penyejuk mata kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa "
surah Al-Furqan:74



Daripada Muaz ra daripada Rasulullah saw: Allah berfirman (hadis qudsi):

“ Wajib mendapat kasih sayang ku bagi orang-orang yang berkasih sayang kerana ku, orang-orang yang duduk bersama-sama kerana ku, saling hadiah menghadiah kerana ku dan orang-orang yang saling menziarahi kerana ku.”
Hr Ahmad dgn sanad yg sahih, Tabrani, Hakim dan Baihaqi di dalam kitab Syuabul Iman.


*******

1 comment:

  1. salam~
    leh wt idea utk wt enty psl walimah nie..huhu..
    tgh berkira-kira utk 1st time menulis ttg cinta~^_^

    ReplyDelete