Friday, January 16, 2009

Dengan namamu Ya Allah.....


















Bismillahirrahmannirraheem

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wa bihi nasta'in, wassolatu wassalamu ‘ala rasulillahi wal mursalin wa’ala alihi wassahbihi ajma’een…


Alhamdulillah…nahmaduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruh…wa na’udzubillahi min syururi anffusina… wa min sayyi aati ‘ama lina… man yahdihillahu fala mudillalah... wa man yudhlilillahi fala hadiyalah… astaghfirullahal ‘adzim… alladzi la ilaha illahuwal hayyu qayyumu wa atubu ilaih…



Maha suci Allah!!! Tuhan yang kebesarannya tiada tandingan. Tuhan yang kekuasaannya dan kerajaannya tiada daya untuk kita menggambarkan hebatnya. Tuhan yang maha penyayang, yang pengampunannya seluas langit dan bumi malah lebih lagi dari itu.



Kehebatan demi kehebatan telah ia tunjukkan pada makhluk bernama manusia. Namun, pengetahuan itu telah menyesatkan manusia. Ilmu yang diperolehi malah lebih menjauhkan sang ciptaan dari penciptanya. Ilmu itu telah menjadi musuh dalam selimut. Yang membangkitkan kedengkian pada yang memilikinya dan yang merobek keyakinan pada yang maha kuasa. Ya Allah, benar sungguh firmanmu…


وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ

….dan tidaklah berselisih orang-orang yang telah sampai padanya kitab kecuali setelah datang kepada mereka ‘ilmu kerana kedengkian diantara mereka…

(QS3:19)


Ya Allah hamba-hambamu kian dzolim terhadap diri mereka. Tiang-tiang agamamu telah banyak yang roboh. Dek kerana lemahnya iman. Jentikan nafsu sahaja berjaya menumbangkan tembok keyakinan yang selama ini dipertahankan.



Ya Allah, ujian ini terasa amat berat. Berat sekali sehingga tidak kami sedari akan datangnya. Datangnya merobek iman kami. Datangnya meracuni keyakinan kami. Kami berlindung dengan kekuasaanmu Ya Allah. Selamatkan kami dari fitnah ini. Kami sangka kami telah melakukan pembaikan. Tapi sebenarnya kerosakan yang kami tambahkan. Kami ditindas, kami dihina. Aku menyedari ini balasan kerana rapuhnya iman.



Amat dzalim kami ini. Amat melampau kami ini. Sering meminta tanpa berbuat apa-apa. Tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang telah kau berikan. Kami kini dicampak ke lembah kehinaan.



…..فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan????

(QS55:13)


Kami menjadi hina kerana mendustakan nikmatmu Allah. Nikmatmu yang melimpah. Apabila datang kebaikan, kami menjadi takbur, bongkak, ujub dan riak. Kami sangka datangnya semua itu atas daya usaha kami sendiri. Dan apabila datang keburukan, kami mengatakan tuhan mahu menghukum kami. Ya Allah, sombongnya hambamu yang tidak punya apa-apa ini.



رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Ya tuhan kami, jangan engkau hokum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya tuhan kami, jangan kau bebani keatas kami dengan beban sepertimana yang telah dibebankan keatas mereka sebelum kami. Ya tuhan kami, janganlah kau pikulkan kepada kami apa yang tidak mampu kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunkanlah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir

(QS2:286)


Wahai tuhan sekalian ‘alam. Jikalau kami lupa engkau ingatkanlah. Jika kami lemah engkau kuatkanlah. Kau tariklah kembali fitnah yang telah menimpa diri kami ini. Sesungguhnya kami ini amat jahil dan lemah. Tanpamu, kami tidak punya apa-apa. Kami tidak punya Harta untuk melawan mereka. Tapi kami yakin, dengan kekuatan iman dan ukhuwah mereka pasti akan dapat dikalahkan. Akan kami pastikan namamu diagungkan semula dan akan kami tegakkan didalam diri kami daulahmu dengan konkrit iman dan moga dengan itu akan tertegak kembali daulah dimuka bumi. Ini kerana kami yakin dengan janjimu. Seperti yang telahkau katakan pada Nabimu Ibrahim, seperti yang telah kau semadikan dalam mu’jizat kekasihmu Muhammad.



قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

Berkata (Allah), “sesungguhnya aku jadikan kau sebagai pemimpin bagi seluruh manusia”. Berkata Ibrahim “ dan anak cucu kami juga???”. Berkata (Allah) “tidak berlaku janjiku ini atas orang-orang yang dzalim”

(QS2:124)


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Ya tuhan kami, janganlah kau condongkan hati kami pada kesesatan setelah kau berikan petunjuk (hidayah) kepada kami dan kurniakanlah bagi kami rahmat dari sisimu. Sesungguhnya engkaulah maha pemberi.

(QS3:8)


Ya Ayyuhal ikhwah…. Wahai saudara-saudaraku… Ayuh bangkit!!! Ayuh bangkit!!! Siapkanlah segala kelengkapan dari segala apa yang kita miliki. Kekufuran perlu kita tawan kembali. Kajahilan perlu kita tewaskan kembali. Dengan cinta hakiki pada ilahi, islam pasti kan bangkit kembali.


Mengharungi samudera kehidupan ini, kita ibarat para pengembara, seorang musafir. Kerana kita adalah musafir didunia ini, maka berlagaklah seperti seorang musafir. Tidak mempunyai apa-apa selain bekalan yang diperlukan untuk samapi ke destinasi berikutnya. Hidup ini adalah perjuangan dan kita tidak punya waktu untuk berpangku tangan. Amanah untuk kita laksanakan lebih banyak dari masa yang kita miliki. Jangan lokek apa yang kita miliki kerana ia bukan milik kita. korbankanlah ia untuk Allah kerana itulah perdagangan yang terbaik. Setiap titis peluh dan juga darah, takkan sirna ditelan masa. Segores luka dijalan Allah, akan menjadi saksi perjuangan.


Allahu Ghayatuna! Ar-Rasul qudwatuna! Al-Quran dusturuna! Al-jihadu sabiluna! wal mautu fisabilillah asma’ amaneena!!!


Adakah kau lupa islam pernah berjaya????? Adakah kau lupa kita pernah berjaya??? YAKINLAH!!! Janganlah kita menyesal kerana tidak dapat ikut serta dalam kebangkitan islam nanti. Berilah pengorbanan dari segala apa yang kau miliki. Allah itu maha tahu niatmu. Moga Allah memberkati.


Kullu du'at qabla kulli syai!!!

~Ana Al-Faqeerah ilallah~


1 comment:

  1. MashaAllah, a deep reflection....susunan katanya cukup indah...tapi sinis juga kalau dibaca berulang kali (merujuk kepada beberapa bahagian sahaja)....Allahu a'laam...

    Belajarlah menjadi hambaNya yang BERSYUKUR...belajarlah menjadi hambaNya yang REDHA....belajarlah menjadi hambaNya yang sebenar-benar hamba....tunduk patuh menyerah pada segala ketentuanNya...

    ~Izinkanlah Ya Allah...meski mungkin takkan pernah sempurna~

    Ana al-faqirah ilallah
    With love from Queensland to Canberra (",)

    ReplyDelete