Friday, January 16, 2009

Sahabatku...Dengarlah!

Apabila kau ingin berteman

janganlah kerana kelebihannya

kerna bisa jadi dengan satu kelemahan

kau menjauhinya


andai kau ingin berteman

janganlah kerana kebaikannya

kerana mungkin dengan satu keburukan

kau akan membencinya


Andai kau ingin sahabat yang satu

janganlah kerana ilmunya

kerana apabila dia buntu

kau mungkin akan memfitnahnya


Andai kau ingin seorang teman

jangan kerana sifat cerianya

kerana andai dia tidak pandai menceriakan

kau mungkin akan menyalahkan nya


Andai kau ingin bersahabat

terimalah dia seadanya

kerana dia seorang sahabat

yang hanya manusia biasa

jangan diharapkan sempurna

kerana kau juga tidak sempurna

tiada yang biasa-biasa

menjadi sesuatu yang sempurna

tapi bersahabatlah kerana Allah

bersahabatlah kerana aqidah islam

bersahabatlah kerana kita saudara fillah

yang sama-sama dinaungi islam


Allah telah berpesan innamal mu'minunal ikhwah

sungguh jelas pesanan

kita semua saudara sedarah


jadi sahabatku

bersahabatlah kerana Allah

kerana engkau dan aku

hanya lah seorang 'abdullah


'abdullah itu sahabatku

tidak punya apa-apa

kecuali yang satu

iaitu Allah yang esa

maafkanlah kesilapannya

kerana kau juga banyak silapnya

raikanlah kelebihannya

dia raikan kelebihanmu terlalu acap

berlapang dadalah sahabat

kerana itu serendah ukhuwah

berkorbanlah sahabat

kerana itu setinggi ukhuwah


marilah sahabat

marilah temanku

kita pupuk persaudaraan bersama

persaudaraan kerana Ar-Rahmaan dan Ar-Raheem

supaya kita bersama ke syurganya

itulah setinggi harapan

bersama bersua di syurga indah

moga dikabulkan doa ini...


amiiiiiiiinnnnn.................................



~ana al-faqeerah ilallah~


1 comment:

  1. amin..

    tiada yang lebih manis persahabatan itu melainkan ukhuwah fillah..

    ReplyDelete